MENGENAI PPKIBP

 APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

                     Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak yang dari segi intelek , fizikal ,sosiol atau emosi tidak mencapai penyuburan biasa,
hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada kurikulum kebangsaan.
              Pendidikan Khas  ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab  mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa itu.
              Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas adalah terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkahlaku            
(emotional and  behavioral disorder), gangguan komunikasi pertuturan dan bahasa  (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran  (hearing loss),hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindness or low vision) dan kecacatan fizikal (physical impairments).
              Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan  proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel , menarik, berfokus dan bersesuaian dengan  keupayaan serta kebolehan murid  PPKIBP. Perancangan dan penggubalan kurikulum  PPKIBP mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996,Peraturan- peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2).
    “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran,masa
     bagi aktiviti dan susulan aktiviti,matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
    tujuan dan matlamat pendidikan khas”.

   
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan  Khas di Malaysia  adalah
satu usaha yang     berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan,  berupaya,  beriman,
berdikari, mampu  merancang  dan
mengurus kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri  sebagai  seorang
individu  dan  ahli  masyarakat  yang
seimbang  dan  produktif  selaras
dengan     Falsafah   Pendidikan
Kebangsaan



SEJARAH PPKIBP SK. TAMAN INTAN

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Taman Intan telah dibuka dengan rasminya pada bulan Mei 2008. Pada awalnya pembukaan kelas ini mengambil murid-murid pendidikan khas seramai lima orang dari sekolah yang berdekatan iaitu dari SK. bakar arang dan hanya mempunyai seorang sahaja guru pada masa ini iaitu En. Solihin bin Ibrahim. Ini kerana murid-murid tersebut tinggal berdekatan dengan Sekolah ini dan secara tidak langsung ianya memudahkan murid dan ibu bapa datang  ke sekolah. Sehingga kini iaitu bermula januari hingga Disember 2009 jumlah murid yang belajar didalam kelas ini berjumlah seramai dua puluh orang (20 orang) dan enam orang (6 orang) guru termasuk penyelaras dibantu oleh dua orang (2 orang) PPM atau Pembantu Pengurusan Murid. Murid-murid di kelas ini terdiri daripada kanak-kanak yang menghadapai masalah seperti Down Sindrom, Autisma, Ekolalia, Dyslexia, Slow Learner, Hyper Active dan semua yang merangkumi kerencatan mental.

Pada peringkat awal pembukaan kelas ini tidak mempunyai peralatan dan perkakasan yang mencukupi dari pihak yang berkenaan dan sehinggalah awal tahun 2009 kelas ini bantuan dan peruntukan dari pihak dari JPN Kedah untuk menaik taraf bagi memberi keselesaan kepada murid-murid dan para guru di kelas ini semasa sesi P&P.

Tahap keupayaan murid yang masih lagi berada di tahap yang memerlukan bimbingan serta perhatian dalam pengurusan diri dengan pererakan psikomotor iaitu seperti kemahiran, ditambah dengan umur mereka yang masih muda bagi tahap murid istimewa ini, maka mereka diletakkan ke kelas 1 yang mengikut jadual dan kemahiran yang lebih menitik beratkan kepada pelajaran perubahan tingkah laku, pengurusan diri serta kemahiran manipulatif, selain pelajaran teras yang tahapnya terlalu rendah mengikut keupayaan mereka.

Pada tahun 2010, jumlah murid-murid PPKIBP SKTI ialah seramai 30 orang serta mempunyai empat kelas utama dan kemudahan-kemudahan yang asasnya dilengkapi hampir 50%., ini menunjukan terdapat peningkatan dalam kelas PPKIBP SK. Taman Intan


OBJEKTIF PPKIBP SK TAMAN INTAN 
         Setiap kanak-kanak seboleh-bolehnya perlu diberi peluang bimbingan yang semaksima mungkin untuk membolehkan mereka;
        
        1) Menguasai kemahiran komunikasi,

       2) Menguasai kemahiran bergaul,

       3) Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin    
           tahu mengenai diri dan alam sekeliling,

      4) Menjaga kesihatan dan keselamatan diri,

      5) Menguruskan hal-hal kehidupan seharian,

      6) Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang
           positif

      7) Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi,

      8) Memahami keperluan perkembangan jasmani serta   
          menguasai perkembangan kemahiran motor kasar dan
          halus

      9) Mengembangkan potensi,bakat,daya kreatif dan intelek,

    10) Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.



VISI  PPKIBP
SK TAMAN INTAN
 Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI  PPKIBP
SK TAMAN INTAN
 Mendidik serta membimbing    pelajar supaya menjadi  individu yang berupaya
mengurus diri,mengembangkan potensi  diri,berdikari dan pendidikan yang berpusatkan perkembangan rohani, jasmani,emosi dan intelektual.
  

MOTTO PPKIBP
Insan Istimewa
Tanggungjawab Bersama

5 “S”
amalan kami…
 SENYUM
SENTUH
SAYANG
SABAR
SIMPATI

BIDANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN


     A)BIDANG PENGURUSAN KEHIDUPAN
·        Komponen Pengurusan Diri
·        Komponen Kemahiran Manipulatif
·        Komponen Pengurusan Tingkahlaku
·        Komponen Kemahiran Hidup


              B)BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI
·        Komponen Bahasa Malaysia
·        Kompenon Matematik
·        Komponen Bahasa Inggeris
·        Kompenon TMK


        C) BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI-NILAI MURNI
·        Komponen PendidikanAgama Islam
·        Komponen Pendidikan Moral


    D)BIDANG SOSIAL,RIADAH  DAN  KREATIVITI
·        Komponen Pendidikan Jasmani
·        Komponen Pendidikan Seni
·        Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
·        Komponen Pendidikan Sosial Dan Alam Sekitar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan